Pemilihan kepimpinan Parti Konservatif Oktober 2022 (UK)

Pemilihan kepimpinan Parti Konservatif Oktober 2022
← Julai–September 2022 24 Oktober 2022
 
Calon Rishi Sunak Penny Mordaunt
Undian popular Menang tanpa bertanding Penarikan balik pencalonan

Pemimpin sebelum pilihan raya

Liz Truss

Terpilih

Rishi Sunak

Pemilihan kepimpinan Parti Konservatif Oktober 2022 telah memilih Rishi Sunak sebagai pemimpin baharu Parti Konservatif, sekali gus sebagai Perdana Menteri United Kingdom yang baharu. Pemilihan parti tercetus berikutan peletakan jawatan Liz Truss sebagai pemimpinnya pada 20 Oktober. Kepimpinan Truss telah dicemari oleh krisis ekonomi, sebahagiannya disebabkan oleh bajet mininya untuk United Kingdom, yang menyebabkan nilai paun sterling jatuh mendadak.

Keputusan pemilihan parti sepatutnya dijangka diketahui pada 24 Oktober jika hanya ada seorang calon yang layak, sebaliknya pada 28 Oktober. Pada masa ini, Penny Mordaunt dan Rishi Sunak, yang tewas dalam pemilihan sebelum ini, telah mengisytiharkan pencalonan mereka. Walaupun spekulasi tertumpu mengenai Boris Johnson, Pemimpin Parti Konservatif dan Perdana Menteri sebelumnya, yang dikatakan akan mencalonkan diri, beliau memilih untuk tidak bertanding.

Menjelang tengah hari 24 Oktober beberapa jam sebelum permohonan pencalonan ditutup, Mordaunt menarik diri dari persaingan kepimpinan parti itu susulan kegagalan mendapat lebih 100 sokongan ahli parlimen. Beliau kemudiannya memberikan sokongan kepada Sunak. Pada jam 2 petang hari yang sama, Sunak diisytiharkan sebagai pemimpin Parti Konservatif yang baharu selepas menang tanpa bertanding.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy